PLAYER
PARENT
COACH
MALAYSIA B.MSIA
Welcome back!
Something went wrong! No account yet? Create one now

Jurulatih kami

Carlos Barroca

NAIB PRESIDEN, OPERASI BOLA KERANJANG

Carlos Barroca ialah peneraju NBA bagi inisiatif mengembangkan pembangunan bola keranjang di Asia, termasuk melatih para jurulatih lokal dan para pemain, melaksanakan program asas dan bekerja bersama pihak bola keranjang di kawasan tersebut untuk mengembangkan sukan ini.

Barocca mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun di dalam industri ini, pernah bekerja sebagai jurulatih bola keranjang, Pengurus Besar, analis di televisyen, dan duta di sekitar Portugal. Semasa musim 2000-2001, Barroca bekerja sebagai ketua jurulatih bagi Portuguese Basketball Federation dan skuad u-20, dan sertai program Bola Keranjang NBA tanpa Sempadan sebagai jurulatih jemputan sejak 2006.

Di atas penglibatannya, Barroca telah dilantik sebagai Pengarah Kebangsaan untuk Program High School Sports dan terpilih sebagai ahli untuk Majlis Tertinggi untuk Sukan serta Komiti Olimpik Portugal. Barroca juga pernah bekerja sebagai konsultan untuk Adecco, sebuah syarikat HR Swiss, S.A., di mana dia memberi pembinaan pasukan dan motivasi di korporat HR.

Barroca menetap di Hong Kong bersama isterinya Sandra.

Natália André

Natalie André mempunyai lebih dari 13 tahun pengalaman sebagai pemain bola keranjang, pengajar dan pendidik. Bekas pemain profesional bagi Liga Bola Keranjang Wanita Portugis, André mempunyai pengesahan jurulatih yang sah dan mempunyai beberapa kedudukan termasuk Sport Algés e Dafundo di Lisbon (2011-15), Kem Bola Keranjang NBA tanpa Sempadan di Portugal (2013) dan pasukan senior bola keranjang wanita untuk Sport Algés e Dafundo (Lisbon) (2014-15).


André terlibat dengan program Jr. NBA sejak 2014, mendahului penyertaan yang besar untuk sesi latihan bola keranjang di India untuk para atlet muda dan jurulatih. Kini, André membawa bimbingannya ke peserta-peserta program Jr. NBA di Asia tahun ini.

Rob Newson

Rob Newson mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman sebagai pengajar bola keranjang dan pendidik. Disahkan oleh FIBA, Newson adalah graduan dari Sheffield Hallam University, meraih Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan & Jurulatih. Newson mempunyai beberapa pembangunan dan bimbingan bola keranjang di seluruh dunia, termasuk pasukan negara di England dan di Vietnam dengan Saigon Heat dari Liga Bola Keranjang ASEAN. Newson pernah bekerja sebagai Ketua Jurulatih Bola Keranjang di Greenhouse Sports - sukan amal terbesar di London - di mana dia mendorong para jululatih melakukan program sukan di sekolah-sekolah pedalaman. Newson kini membawa bakatnya untuk peserta-peserta program Jr. NBA di Asia.

RAKAN KONGSI