PLAYER
PARENT
COACH
MALAYSIA B.MSIA
Welcome back!
Something went wrong! No account yet? Create one now

Program & Aktiviti Jr. NBA

  • Overview Program

    Jr. NBA adalah program liga global untuk para kanak-kanak lelaki dan perempuan, mengajar kemahiran asas dan nilai teras permainan. Ia adalah usaha untuk mengembang dan memperbaiki pengalaman bola keranjang bagi para pemain, jurulatih dan keluarga. Program ini juga menanam nilai teras Jr. NBA iaitu semangat kesukanan (Sportsmanship), kerjasama pasukan (Teamwork), sikap yang positif (Attitude) dan hormat (Respect) (S.T.A.R), sambil mengajar kepentingan tentang gaya hidup yang aktif dan sihat.

  • Overview Program

    Program Jr. NBA Malaysia 2019 untuk belia lelaki dan perempuan ini dibahagikan kepada beberapa peringkat: Kem Jr. NBA Malaysia; Kem Pemilihan Kejohanan Global Asia Pasifik Jr. NBA; Kejohanan Global Jr. NBA di A.S. yang akan berlangsung dari 6 hingga 11 Ogos di ESPN Wide World of Sports Complex di Walt Disney World berdekatan Orlando, Florida. Pemain antara 11-14 (lahir dari 1 September 2004 hingga 31 Ogos 2006) layak untuk dipilih mewakili Asia Pasifik dalam Kejohanan Global Jr. NBA tahunan yang kedua.

Tahap Peringkat

Kem Jr. NBA Malaysia (Jr. NBA Malaysia Camp)

Hari pertama kem terbuka kepada belia lelaki dan perempuan yang lahir antara 1 September 2004 hingga 31 Disember 2009, dengan peserta-peserta diuji dan dimarkahkan di 5 stesen kemahiran berbeza - Dribbling, Shooting, Passing, Footwork & Layups - dengan 50 orang belia lelaki dan 50 orang belia perempuan yang terbaik mara ke hari kedua. Pada hari kedua, para atlet akan mengambil bahagian dalam latihan bola keranjang yang mencabar, dengan pemilihan lima belia lelaki dan lima belia perempuan yang akan dinamakan Jr. NBA Malaysia All-Stars 2019. Hanya lelaki dan perempuan yang lahir antara 1 September 2004 hingga 31 Ogos 2006 layak untuk pemilihan ini.

Kem Jr. NBA Malaysia (Jr. NBA Malaysia Camp))

Kem Pemilihan Kejohanan Global Asia Pasifik Jr. NBA

Jr. NBA Malaysia All-Stars 2019 akan menyertai pusingan kelayakan yang pertama untuk Kem Pemilihan Kejohanan Global Asia Pasifik Jr. NBA, acara selama 2 hari yang memaparkan pemain belia terbaik dari rantau tersebut. 10 pemain belia lelaki dan 10 pemain belia perempuan dengan persembahan terbaik akan mewakili Asia Pasifik dalam Kejohanan Global Jr. NBA.

Kem Pemilihan Kejohanan Global Asia Pasifik Jr. NBA)

Kejohanan Global Jr. NBA (Jr. NBA Global Championship)

Kejohanan Global Jr. NBA adalah kejohanan bola keranjang belia tahunan bagi pasukan lelaki dan perempuan terbaik dari seluruh dunia. Kejohanan Global Jr. NBA 2019 akan menampilkan kumpulan lelaki dan perempuan yang akan diasingkan kepada kategori A.S dan Antarabangsa. Ia bermula dengan perlawanan pusingan dan kemudiannya perlawanan kalah-mati perseorangan. Pemenang-pemenang untuk kategori A.S dan Antarabangsa akan bermain dalam perlawanan kejohanan dunia pada 11 Ogos 2019.

Lebih dari 300 belia lelaki dan perempuan dari 35 buah negara telah menyertai Kejohanan Dunia Jr. NBA yang julung kali diadakan pada bulan Ogos 2018. Sepanjang acara itu yang berlangsung selama seminggu, semua 32 pasukan telah mengambil bahagian dalam aktiviti luar gelanggang termasuk sesi kemahiran hidup, lawatan ke taman Disney, projek khidmat masyarakat, dan mesyuarat pendidikan dengan pemain dan bekas pemain, termasuk jurulatih NBA dan WNBA.

Kejohanan Global Jr. NBA (Jr. NBA Global Championship))
EVENTS
  • How to register for the Jr
    Oct

    01

    Akademi Jurulatih Jr. NBA Indonesia - Wonogiri

    Akademi untuk jurulatih dan guru sukan untuk belajar mengenai bola keranjang dan juga teknik untuk mengajar tentang permainan tersebut kepad...

    COMING SOON

  • 77326c4a6bc6ee78dd5c9d949d8f4a13
    Nov

    01

    Akademi Jurulatih Jr. NBA - Indonesia Palembang

    Akademi untuk jurulatih dan guru sukan untuk belajar mengenai bola keranjang dan juga teknik untuk mengajar tentang permainan tersebut kepad...

    COMING SOON

  • 920ede3706d8432f341fd17973783590
    Oct

    01

    Akademi Jurulatih Jr. NBA - Indonesia (Bali)

    Akademi untuk jurulatih dan guru sukan untuk belajar mengenai bola keranjang dan juga teknik untuk mengajar tentang permainan tersebut kepad...

    COMING SOON

  • Header
    Oct

    01

    Akademi Jurulatih Jr. NBA - Vietnam

    Akademi untuk jurulatih dan guru sukan untuk belajar mengenai bola keranjang dan juga teknik untuk mengajar tentang permainan tersebut kepad...

    COMING SOON

  • 444d4301ba284f0be361a290d60eaea0
    Oct

    01

    Akademi Jurulatih Jr. NBA - Indonesia (Tegal)

    Akademi untuk jurulatih dan guru sukan untuk belajar mengenai bola keranjang dan juga teknik untuk mengajar tentang permainan tersebut kepad...

    COMING SOON

  • 48bfec7b5070076aa89f3a951383abab
    Oct

    01

    Akademi Jurulatih Jr. NBA - Indonesia (Semarang)

    Akademi untuk jurulatih dan guru sukan untuk belajar mengenai bola keranjang dan juga teknik untuk mengajar tentang permainan tersebut kepad...

    COMING SOON

RAKAN KONGSI