PLAYER
PARENT
COACH
MALAYSIA B.MSIA
Welcome back!
Something went wrong! No account yet? Create one now

Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQ)

Jr. NBA, program bola keranjang peringkat global oleh liga untuk lelaki dan perempuan, mengajar kemahiran asas serta nilai teras permainan pada peringkat awal bagi membantu perkembangan dan memperbaiki pengalaman bola keranjang bagi para pemain, jurulatih dan ibu bapa di Asia. Program ini juga menanam nilai teras Jr. NBA iaitu semangat kesukanan (Sportmanship), kerjasama pasukan (Teamwork), kelakuan yang positif (Attitude) dan hormat-menghormati (Respect) [S.T.A.R.], di samping mengajar tentang kepentingan menjalani kehidupan yang sihat dan aktif. Program Jr. NBA adalah percuma di semua peringkat.

Program Jr. NBA memberi para pemuda di Asia Tenggara (Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Singapura) peluang untuk mengambil bahagian dengan pelbagai aktiviti, demi mempelajari tentang bola keranjang dan berkongsi minat pada permainan, tanpa mengira tahap pengalaman masing-masing. Walaupun struktur program berbeza di setiap negara, berikut adalah beberapa aktiviti yang Jr. NBA tawarkan: • Klinik – 1-2 jam aktiviti bola keranjang, untuk para kanak-kanak belajar bermain berdasarkan umur/kemahiran mereka. • Kem-Kem Negara – 1-2 hari acara, peserta mengambil bahagian dalam cabaran dan permaianan Bola Keranjang. Pemain-pemain terbaik atau pemain jemputan akan terpilih untuk menjadi All-Stars Jr. NBA dan sertai program di peringkat-peringkat seterusnya. • Kem Pemilihan Jr. NBA Global Championship Asia Pasifik - Acara selama 2 hari yang akan menampilkan pemain-pemain terbaik dari daerah tersebut. 10 lelaki dan perempuan akan mewakili Asia Pasifik bagi Jr. NBA Global Championship. • Jr. NBA Global Championships –Jr. NBA Global Championship adalah acara tahunan bagi pemain muda bola keranjang bagi pemain-pemain terbaik lelaki dan perempuan di seluruh dunia. Pada tahun 2019, kejohanan tersebut akan berada di Orlando, Florida di Amerika Syarikat.

Jr. NBA Global Championship akan menampilkan pasukan-pasukan lelaki dan perempuan dari lapan kawasan pertandingan di A.S. (Central, Mid-Atlantic, Midwest, Northeast, Northwest, South, Southeast dan West) dan pasukan-pasukan lelaki serta perempuan mewakili lapan kawasan antarabangsa (Afrika, Asia Pasifik, Canada, China, Eropah & Middle East, India, Amerika Latin, Amerika dan Mexico).

Bakal peserta hendaklah mendaftar akaun di laman web rasmi Jr. NBA Asia dan daftar di acara yang mereka minati dengan menekan butang "Acara" di bawah "Acara Jr. NBA". Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran akan dibuka sebulan sebelum hari acara. Untuk informasi terkini berkenaan dengan jadual acara dan pendaftaran di negara anda, sila rujuk akaun Facebook yang tepat seperti berikut:

  • https://www.facebook.com/JrNBAIndonesia
  • https://www.facebook.com/JrNBAPhilippines/
  • https://www.facebook.com/JrNBAThailand/
  • https://www.facebook.com/JrNBAVietnam/
  • https://www.facebook.com/JrNBAMalaysia/
  • https://www.facebook.com/JrNBASingapore/

  • Kunjungi www.jrnbaasia.com dan pergi ke laman "Pendaftaran". Pilih aktiviti yang anda minat dan ikuti arahan yang diberikan.

    Peserta yang berminat boleh berdaftar di waktu acara berlangsung di Kem Jr. NBA (negara). Para keluarga/penjaga diperlukan untuk meneman peserta bagi menandatangani borang pengecualian.

    Tidak, Kem Jr. NBA Global Championship Asia Pasifik adalah untuk 5 pemain terbaik lelaki dan perempuan yang mara dari Kem Jr. NBA di negara masing-masing.

    Kelayakan peserta akan berubah pada Program Jr. NBA Asia 2020. Sila tunggu untuk info lebih lanjut bagi program tahun depan.

    Acara

  • Kem Jr. NBA (negara)
  • Kem Jr. NBA Global Championship Asia Pasifik
  • Jr. NBA Global Championship (A.S.)

  • Peserta-Peserta

    Cabaran Kemahiran adalah terbuka untuk semua kanak-kanak. 50 kanak-kanak terbaik lelaki dan perempuan akan layak untuk pemilihan All-Stars

    Sebanyak 5 lelaki dan perempuan dari kem negara (All-Stars Jr. NBA)


    Dokumen Yang Diperlukan

  • Menandatangani borang persetujuan ibu bapa oleh ibu bapa/penjaga
  • Sijil perubatan menyatakan pemain sihat dan boleh menyertai
  • Pasport yang sah
  • TBC
  • Tidak, kamu tidak perlu pengetahuan bola keranjang. Klinik-Klinik terbuka dan klinik yang diiktiraf adalah untuk mengajar asas bola keranjang dan nilai teras permainan kepada para kanak-kanak lelaki dan perempuan.

    Di sesetengah negara, ya. rakan kongsi rasmi Jr. NBA akan menyiapkan gerai-gerai interaktif dan aktiviti di gelanggang yang terbuka untuk orang awam.

    Tidak, tetapi mereka perlu dijemput oleh ketua jurulatih Jr. NBA dan sertai program latih-para pelatih untuk membenarkan melatih di klinik-kilinik yang diiktiraf dan membantu para jurulatih di acara tersebut.

    Pakaian seragam Jr. NBA adalah bukan untuk dijual. Di negara terpilih, jumlah pakaian seragam agak terhad dan diberikan kepada para peserta program secara percuma. Peserta yang berminat diminta untuk datang dengan pakaian sukan (baju, seluar pendek, stoking dan kasut), dengan para perempuan dinasihati untuk memakai pakaian dalaman di sebalik jersi.

    Tidak. Semua peralatan di klinik bola keranjang disediakan oleh Jr. NBA.

    Makanan dan minuman tidak disediakan kepada peserta Kem Jr. NBA (negara). Anda amat dialu-alukan makan makanan yang mengenyangkan dan sediakan snek anda sendiri serta minuman bagi menyertai acara Jr. NBA.

    Ya. Bantuan Kecemasan akan disediakan untuk memberi para peserta dengan bantuan asas sepanjang acara.

    RAKAN KONGSI