PLAYERS
PARENTS
COACHES
MALAYSIA B.MSIA

Welcome back!

Email/Username or Password is incorrect! No account yet? Create one now

Apakah Jr. NBA?

  • Jr. NBA Asia

    Program Jr. NBA di Asia bertujuan untuk menambah baik kesihatan para pemuda dan mengelakkan tumbesaran yang tidak aktif dengan menjadikan bola keranjang sebagai kurikulum pendidikan fizikal. Sejak 2014 selepas ditubuhkan, program Jr. NBA telah mencapai lebih daripada 18 juta kanak-kanak lelaki dan wanita seluruh Asia, mengajar asas bola keranjang dan nilai teras program iaitu semangat kesukanan (Sportmanship), kerjasama pasukan (Teamwork), sikap yang positif (Attitude) dan hormat (Respect) (S.T.A.R). Akademi Jurulatih Jr. NBA – Program yang disokong oleh kerajaan untuk melatih para pelatih dengan inisiatif untuk memanjangkan perkembangan dengan meletakkan piawaian bagaimana sukan ini harus dilatih dan dimainkan – telah melatih lebih daripada 62,000 tenaga pengajar dari 37,000 sekolah di 50 bandar seluruh Asia.

  • Jr. NBA Global Championship

    Jr. NBA Global Championship adalah pertandingan bola keranjang untuk 13 dan 14 para pasukan pemain muda lelaki dan perempuan dari seluruh dunia. Kelayakan pertandingan akan bermula pada Januari sehingga ke Jun 2019, bersama 32 pemain lelaki dan perempuan yang terbaik akan ditanggung sepenuhnya untuk bertanding di Jr. NBA Global Championship di Orlando, Florida dari Ogos 6 - 11, 2019.

  • Jr. NBA Global Championship

    Di US - Jr. NBA akan mengadakan pertandingan antara 8 kawasan - Central, Mid-Atlantic, Midwest, Northeast, Northwest, South, Southeast dan West – pada musim bunga dan musim panas 2019. Pertandingan selama tiga hari ini merangkumi beberapa permainan diikuti pusingan kalah-mati. Setiap pasukan akan dijamin empat (4) permainan minimum.

  • Jr. NBA Global Championship

    Bagi kawasan lain – Pertandingan antarabangsa Jr. NBA Global Championship mempunyai struktur yang berbeza mengikut kawasan. Satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan perempuan akan mara dari 8 kawasan antarabangsa: Afrika, Asia Pasifik, Canada, China, Eropah & Timur Tengah, India, Amerika Latin dan Mexico. Lihat laman Kawasan Antarabangsa untuk info lebih lanjut mengenai pertandingan antarabangsa.

  • Jr. NBA Global Championship

    Enam belas (16) pasukan lelaki dan enam belas (16) pasukan perempuan akan mara ke Jr. NBA Global Championship dari Ogos 6 - 11, 2019 di Orlando, Florida. Setiap pasukan yang mewakili setiap kawasan akan dibahagikan ke A.S. dan kumpulan antarabangsa yang merangkumi beberapa perlawanan diikuti dengan pusingan kalah-mati. Pemenang bagi A.S. dan kumpulan antarabangsa akan bermain di perlawanan pertandingan lelaki dan perempuan.


    Tambahan lagi, para pemuda di acara Jr. NBA Global Championship bukan sahaja akan bertanding di gelanggang, malah akan bertanding di luar gelanggang bagi program kemahiran di luar gelanggang.

NILAI TERAS
KERJASAMA
Kita sentiasa ada untuk menyokong. Kita bekerja keras sebagai pasukan; berkongsi kemenangan dan kekalahan. Kita menyokong antara satu dengan yang lain, sentiasa percaya yang lebih banyak yang kita boleh lakukan bersama.
HORMAT
Kita bermain dengan keras tetapi adil. Kita menolong antara satu dengan yang lain di gelanggang dan melayan orang lain seperti mana kita ingin dilayan. Kita menghormati permainan dan sesama lain, bersatu walaupun berlainan latar belakang dan sentiasa ingat permainan ini terima semua pemain.
KEYAKINAN
Kita tidak menyerah kalah. Kita bercita-cita tinggi dan apabila kita jatuh, kita bertahan. Kita tahu masa depan di tangan kita jadi kita bekerja keras untuk menambah kemahiran kita, di dalam dan di luar gelanggang.
KOMUNITI
Berbeza dan dinamik, kita adalah satu pasukan global. Bola keranjang tiada sempadan - ia menyatukan kita sebagai kawan dan pesaing, dan memberi peluang untuk berinteraksi serta memberi semula kepada komuniti.
RAKAN KONGSI